2023年11月6日星期一

 第三章 

第一回





Percantuman keADILan-PRM


Nota Tambahan

Pandangan-pandangan berikut merupakan ringkasan ide-ide yang dikemukakan oleh ahli-ahli Biro Politik dalam mesyuarat Biro Politik pada 8 Februari 2001. Perlu ditegaskan bahawa pandangan-pandangan ini adalah pandangan individu dan bukannya muafakat di kalangan ahli-ahli Biro Politik.

Pro

  1. Percantuman akan memanafaatkan kedua-dua pihak.

  2. Percantuman adalah ide yang baik: PRM ramai individu yang tinggi commitment, lama dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan.

  3. Melalui kemasukan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PRM, keADILan akan menjadi lebih 'multi-etnik'.

  4. Percantuman harus disegerakan. Bermakna jadual dalam kertas dasar percantuman keADILan-PRM perlu disusun semula.

  5. Ahli-ahli PRM harus masuk dalam keADILan terlebih dahulu, sebelum pindaan-pindaan kepada Perlembagaan keADILan dibuat.

  6. Majoriti sokong percantuman. Di Selangor umpamanya tidak ada bantahan daripada ketua-ketua Bahagian keADILan.

Kontra

  1. Kertas cadangan percantuman sepatutnya mengemukakan kedua-dua pandangan pro dan kontra.

  2. Sekiranya percantuman dikemukakan kepada khalayak ramai sebagai pembubaran keADILan dan pembentukan entiti baru, ia tidak dapat diterima.

  3. Tidak dapat menerima perubahan nama, lambang, warna dan bendera parti. Jawatan- jawatan seperti Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan harus dilantik oleh Presiden melalui perundingan dan tidak dipilih.

  4. Cadangan format Pemuda-Wanita yang disatukan di bawah satu badan belum boleh diterima lagi.

  5. Imej dan persepsi PRM di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung, menghalang percantuman.

  6. Memperkukuh dan memantapkan BA dengan mewujudkan lambang bersama adalah keperluan utama pada masakini mengatasi keperluan percantuman dua parti dalam BA ini.

 

Biro Politik

Parti Keadilan Nasional (keADILan)

14 Februari 2001














2001年国民公正党 第三届大会

0 Comments:

发表评论