2024年8月7日星期三

 
第 四十三章
公正党再出發

第 7 回: 全国代表大会被迫展延 
 (6/6/21)

PENGUMUMAN PENTING DAN SEGERA

紧急通知



KEADILAN telah menerima surat dari Majlis Keselamatan Negara dan makluman dari pihak Pendaftar Pertubuhan pada 4 Jun 2021 meminta Kongres Nasional parti yang dijadualkan pada 6 Jun 2021 ditangguhkan. 


Sebelum ini, MKN telah menyatakan mereka tiada halangan terhadap perjalanan Kongres secara atas talian sepenuhnya dalam surat bertarikh 27 Mei 2021. 


Majlis Pimpinan Pusat telah mengambil keputusan menangguhkan Kongres Nasional parti. 


Butiran keputusan ini akan diumumkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Khas esok pada jam 11 pagi. 


Perwakilan yang telah terpilih menerusi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang boleh ikuti menerusi capaian zoom asal di pautan pada e-mel masing-masing. Anggota lain boleh ikuti di FB parti. 


Walaubagaimanapun anda diminta tidak menggunakan latarbelakang Kongres yang dikongsi sebelum ini. 




5/6/2021 

_____________________________________________________________


Kongres Nasional PKR 2020 ditangguhkan, MKN hantar surat


KUALA LUMPUR: Kongres Nasional PKR 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini terpaksa ditangguhkan selepas menerima surat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Ketua Setiausaha Pengelola parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas parti itu menerima surat daripada MKN pada pukul 6.21 petang, Jumaat dan perkara itu turut dimaklumkan secara lisan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan pada hari yang sama.


Menurutnya, MKN sebelum ini menerusi satu surat bertarikh 27 Mei 2021, menyatakan pihaknya tiada halangan untuk mengadakan kongres terbabit secara dalam talian sepenuhnya.


"Maka, Majlis Kepimpinan Pusat telah mengambil keputusan untuk menangguhkan Kongres Nasional PKR," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.


Justeru itu, kata Nik Nazmi, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan butiran keputusan itu dalam amanat khas menerusi Facebook PKR, pada pukul 11 pagi, 6 Jun ini (Ahad).


Menurutnya, Anwar yang juga Ketua Pembangkang akan turut menyentuh isu ekonomi, COVID-19 serta perkembangan politik terkini.


Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut tempoh penangguhan. 


5/6/2021 

_____________________________________________________________


AMANAT KHAS PRESIDEN


Seperti yang umum baru sahaja ketahui, Kongres Nasional KeADILan Ke-15 yang dijadualkan berlangsung esok telah diarahkan untuk ditangguh oleh Majlis Keselamatan Malaysia (MKN).


Sehubungan dengan itu, ianya akan diganti dengan Program Amanat Khas dari Presiden Parti KeADILan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada jam 11.00 pagi esok (6/6/2021).


Perwakilan dan Pemerhati yang telah mendaftar sebelum ini dan telah menerima pautan (link) untuk menyertai Kongres Nasional KeADILan Ke-15 melalui Aplikasi Zoom boleh menggunakan terus pautan tersebut untuk menonton AMANAT KHAS PRESIDEN melalui Aplikasi Zoom. Sebarang latar belakang berkaitan Kongres Nasional KeADILan Ke-15 adalah tidak dibenarkan semasa berada menonton melaui Aplikasi Zoom.


Manakala bagi mereka yang bukan Perwakilan atau Pemerhati boleh menonton melaui Laman Facebook Rasmi Parti KeADILan Rakyat dan juga Laman Facebook Rasmi Keadilan Masjid Tanah.


6/6/2021 

_____________________________________________________________



国安会:公正党大会 可展期直至630

 


(吉隆坡5日讯)国家安全理事会(MKN)总监拿督莫哈末拉宾巴希尔表示,原定明天举行的公正党代表大会可展期直至630日。


他今晚接受马新社电视访问时说,国安会在致给公正党的信中通知,根据现有的标准作业程序(SOP)及卫生部的意见,该党代表大会可以依据既定SOP举行。


他说:不过,公正党已征询社团注册局的意见,获悉能够展延代表大会直至630日,国安会把这个意见视为更合法。


文章来源 星洲日报 2021-06-06



0 Comments:

发表评论